MOSTI capai 100 peratus 33 inisiatif - Utusan Malaysia

MOSTI capai 100 peratus 33 inisiatif

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mencapai sasaran 100 peratus bagi kesemua 33 inisiatif termasuk tiga petunjuk prestasi utama ditetapkan.

Kesemua 33 inisiatif tersebut mencapai sasarannya pada 7 Disember lalu dengan tiga Aspirasi Keluarga Malaysia utama yang ditetapkan MOSTI  dicapai lebih awal iaitu pada 15 November.

Ia melibatkan pelancaran Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara dan penubuhan Institut Genom dan Vaksin Negara, pembangunan ekosistem industri pemula yang komprehensif serta penginovasian sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi MyHackathon dan Malaysia Techlympics.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kejayaan itu didorong oleh kebersamaan Keluarga MOSTI dan agensi-agensi di bawahnya yang berusaha gigih untuk mencapai sasaran ditetapkan.

“Dengan pencapaian cemerlang ini, MOSTI komited terus memperkasa dan membudayakan sains, teknologi dan inovasi bagi jangka pendek dan jangka panjang serta memastikan apa jua inisiatif yang dilaksanakan sampai manfaatnya kepada Keluarga Malaysia,” katanya dipetik dalam kenyataan akhbar MOSTI di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN