Mira Filzah tak akan berahsia soal hamil - Utusan Malaysia

Mira Filzah tak akan berahsia soal hamil

MIRA FILZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah, 28, menganggap tiada sebab untuk dirinya menyembunyikan soal kehamilan sekiranya benar-benar berbadan dua.

Pun begitu, pelakon itu tidak pula mengiya atau menidakkan keadaan dirinya pada waktu ini berhubung perkara tersebut namun berjanji mengumumkannya jika sudah bersedia.

“Setiap pasangan yang berkahwin pastilah menginginkan zuriat. Gosip mengenai kehamilan sebelum ini pun pernah bertebaran apabila ada yang tengok baju yang saya pakai dan muat naik di media sosial, dari sisi kononnya nampak macam saya sedang mengandung.

“Biasalah, peminat mestilah mengharap untuk terima berita gembira ini. Tapi apa-apa, saya akan beritahu pada semua. Saya tak akan sorok, “ katanya semasa ditemui di majlis pelancaran model baharu telefon pintar Vivo V23e di Hotel Majestic, di ibu kota.

Selain itu, Mira mengaku tidak berkecil hati dengan spekulasi yang dibuat oleh peminat berhubung perkara kehamilan itu.

Katanya, dari sisi positif, dia melihat semua itu adalah satu perkara yang baik dan itu juga adalah doa-doa daripada peminat-peminatnya.

“Tak tersinggung pun. Peminat nak tahu perkembangan ini. Saya faham,” katanya.

Dalam pada itu, Mira juga berkongsi sudah merancang untuk bercuti di Eropah selama sebulan bagi berbulan madu dan berehat bersama suaminya, Wan Emir Astar, 31, bermula pada minggu hadapan.

“Sejak berkahwin kami memang tak sempat lagi bercuti bersama. Jadi ini adalah peluang terbaik untuk kami bercuti sebab sempadan negara sudah dibuka. Lagipun sampai bila nak tunggu Covid-19 nak berakhir? Jadi kita teruskan saja hasrat ini sambil kekal menjaga kesihatan kendiri dan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Mira dan Emir bernikah pada 3 September 2020. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN