MediCOM buka klinik wakaf kedua di Pulau Mabul - Utusan Malaysia

MediCOM buka klinik wakaf kedua di Pulau Mabul

SUKARELAWAN MediCOM memeriksa salah seorang penduduk pada Misi Kebajikan dan Kesihatan di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA: Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan Malaysia (MediCOM) mengambil pendekatan wakaf dalam membantu masyarakat yang terjejas disebabkan pendemik Covid-19 terutama yang tinggal di luar bandar.

Ini termasuk inisiatif membuka klinik wakaf atau percuma yang kedua di Pulau Mabul, Sabah selepas yang pertama di Kampung Bahagia, Kuala Krai, Kelantan.

Pengerusi MediCOM, Dr. Shafiq Wahab berkata, mereka memilih Pulau Mabul berdasarkan kepada keperluan penduduk di pulau itu yang memerlukan sebuah klinik terutama yang memberikan perkhidmatan secara percuma kepada yang memerlukan.

“Klinik ini dibuka bagi tujuan kebajikan dengan memberi perkhidmatan secara percuma,” katanya ketika ditemui pada Misi Kebajikan dan Kesihatan, Pulau Mabul, Semporna, Sabah, di sini hari ini.

Seramai 60 peserta terlibat dalam misi kali ini yang terdiri daripasda pelbagai latar belakang termasuk doktor pakar, doktor gigi, pegawai perubatan dan sukarelawan lain.

Menurut Dr. Shafiq, kaedah wakaf boleh menjadi satu alternatif bagi membantu meringankan beban kerajaan dan masyarakat.

“Kos-kos perkhidmatan semua secara percuma diberikan hasil daripada sumbangan orang ramai dan juga dana zakat.

“Kita buat secara berkala ke sini kerana ada tadika, sekolah dan orang ramai boleh terus menyumbang untuk tabung pendidikan anak-anak di Mabul,” katanya.

MediCOM juga turut sama dalam program baik pulih sekolah tadika, khatan perdana, pemeriksaan kesihatan, jamuan rakyat, pemeriksaan gigi, rawatan perubatan islam dan lain-lain.

Orang ramai yang ingin menyumbang bolehlah membuat sumbangan melalui akaun Maybank Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan Msia 562478167234 atau menghubungi sendiri di talian 01115711581.

Misi kebajikan Pulau Mabul terut mendapat kerjasama Selayang Care, Rescue Ummah, Abrar Care dan Rico’s Pizza. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya