Mayat empat mangsa dihanyutkan arus deras di Jambatan Telemong ditemukan  - Utusan Malaysia

Mayat empat mangsa dihanyutkan arus deras di Jambatan Telemong ditemukan 

MAYAT mangsa kejadian arus deras di atas jambatan Telemong di Bentong, Pahang ditemukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). - FOTO IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Mayat empat mangsa daripada lima buah kenderaan yang hanyut dalam kejadian arus deras di atas jambatan Telemong, Bentong ditemukan manakala seorang lagi masih hilang.

Kejadian tersebut menjadikan ia kes keenam mangsa lemas akibat banjir di Pahang, setakat ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Ismail Abdul Ghani berkata, semua mangsa ditemukan berasingan antara pukul 1.17 petang hingga 5.15 petang dengan jarak antara satu hingga empat kilometer dari kawasan kejadian.

“Mangsa pertama seorang perempuan dewasa ditemukan oleh pasukan penyelamat kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian pada pukul 1.17 petang.

“Mangsa kedua, warga emas ditemukan kira-kira 21 minit kemudian pada jarak 100 meter dari mangsa pertama dan mangsa ketiga ditemukan pukul 2.07 petang dengan jarak 1.2 kilometer daripada lokasi kejadian.

“Kira-kita pukul 4.55 petang, mangsa keempat iaitu wanita dewasa ditemukan dengan jarak empat kilometer dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, sebanyak lima kenderaan terperangkap di atas jambatan sebelum dihanyutkan arus banjir ekoran air sungai yang melimpah dalam kejadian itu.

Bomba telah menyelamatkan 10 mangsa dari 16 orang dan seorang perempuan dewasa warga emas meninggal dunia dan lima orang hilang dibawa arus.

Usaha mencari dan menyelamat kesemua mangsa digerakan bermula semalam dan berjaya menemukan empat mayat hari ini.

Mengulas lanjut susulan kejadian tersebut, Ismail berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat dilakukan dengan kekuatan 23 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Karak serta dibantu pekerja kilang berhampiran.

Katanya, gerakan mencari seorang lagi mangsa yang hilang masih diteruskan dengan kaedah menyusur mengikut arus sungai namun operasi telah dihentikan pada pukul 6 petang hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya