Mayat di tepi jalan dipercayai dibunuh - Utusan Malaysia

Mayat di tepi jalan dipercayai dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bedah siasat ke atas mayat wanita yang ditemukan di Jalan Batang Kali-Selayang, Ulu Yam di sini kelmarin mendapati kesan kecederaan meragukan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, pakaian terakhir dipakai mangsa adalah baju bercorak batik warna merah/hitam/putih, berseluar panjang petak-petak warna coklat dan berseluar dalam celoreng.

“Terdapat sehelai kain warna merah jambu dan sehelai kain warna putih dipercayai cadar atau selimut.

“Keluarga atau waris yang kehilangan ahli keluarga atau orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya tampil membantu polis dengan menyalurkan maklumat terus kepada pegawai penyiasat kes Asisten Superintenden R. Kolanthaivelu di talian 019-2579232,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kelmarin, media melaporkan mayat seorang wanita ditemukan di tepi jalan dengan beberapa kesan kecederaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya