Mangsa kebakaran terima rumah baharu - Utusan Malaysia

Mangsa kebakaran terima rumah baharu

AMINUDDIN Harun menyerahkan replika kunci kepada Zaliah sebagai simbolik Majlis Penyerahan Kunci Rumah Baharu di Kampung Cenaga, Repah, Tampin hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Nasib seorang warga emas yang rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Cenaga, Repah di sini pada 3 April lalu terbela, selepas dia mendapat sebuah rumah baharu hari ini.

Ia menerusi peruntukan sebanyak RM50,000 yang telah disalurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kepada Akaun Tabung Amanah Keluarga Miskin Daerah Tampin pada 2 Ogos lalu.

Zaliah Yahya, 63, berkata, sebelum ini, selama lima tahun dia dan anak-anaknya menumpang tinggal di rumah anak saudaranya.

Ia susulan rumah pusaka yang dihuninya sebelum itu terlalu usang serta tidak sesuai diduduki.

“Kami menumpang tinggal di rumah anak saudara yang terletak tidak jauh dari rumah pusaka di tanah arwah suami saya. Namun rumah yang saya tumpangi itu pula terbakar bersama kesemua barangan milik saya dan anak-anak.

“Tidak sangka pula saya menerima bantuan rumah baharu yang didirikan di atas tanah arwah suami. Perasaan saya bercampur-baur kerana saya memang tidak mampu mendirikan rumah baharu,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Baharu di Kampung Cenaga, Repah, di sini hari ini.

Pemberian rumah berkenaan disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya