Mangsa banjir di Melaka mula terima RM1,000 - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Melaka mula terima RM1,000

Sulaiman Md. Ali menyampaikan bantuan RM1,000 kepada salah seorang daripada 215 mangsa banjir daerah Alor Gajah di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah (PDTAG), Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seramai 396 ketua isi rumah daripada 2,528 mangsa banjir di negeri ini mula menerima agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, baki 2,132 ketua isi rumah yang belum menerima BWI akan menerima bantuan tersebut dalam tempoh terdekat ini.

Menurutnya, kerajaan negeri akan mengusahakan secepat mungkin agar BWI diterima  semua mangsa banjir yang berlaku di negeri ini bagi meringankan beban yang ditanggung akibat musibah tersebut.

Beliau berkata, setakat ini peruntukan sebanyak RM400,000 disalurkan kepada 396 ketua isi rumah mangsa banjir di Alor Gajah, Pengkalan Batu dan Jasin.

“Sejak malam tadi, bantuan RM1,000 mula disalurkan iaitu 10 ketua isi rumah di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu dan 20 di Pengkalan Batu. Hari ini seramai 215 ketua isi rumah daripada tujuh Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Ayer Limau, Rembia, Machap Jaya, Gadek, Tanjong Bidara, Taboh Naning dan Durian Tunggal telah menerima bantuan tersebut manakala 151 lagi mangsa di Pengkalan Batu akan menerima petang ini.

“Sepatutnya, bantuan ini disampaikan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) namun disebabkan kesibukan membantu mangsa membersihkan rumah bantuan ini agak lewat disampaikan,” ujarnya dalam sidang akhbar pada Majlis Penyampaian Bencana Banjir Monsun Timur Laut di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah (PDTAG), dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya