Long Tiger ditahan bersama pondan di Sungai Petani - Utusan Malaysia

Long Tiger ditahan bersama pondan di Sungai Petani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Long Tiger yang menjadi buruan polis Johor kerana melarikan diri dari mahkamah diberkas bersama seorang pondan di sebuah rumah di Sungai Petani, Kedah hari ini. 

Semasa tangkap an pada pukul 3.15 petang oleh polis Bukit Aman itu, Long Tiger mengalami beberapa kecederaan selepas tergelincir dari bumbung rumah.

Pemeriksaan di rumah itu, polis menahan seorang pondan berusia 46 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan mengesahkan lelaki berketurunan Rohingya, Long Tiger berjaya ditahan.

Memberitahu Utusan Malaysia, Abd. Jalil berkata, tangkapan dilakukan dalam satu operasi khas yang dilaksanakan bagi memburunya.

“Ya, dia ditahan di Sungai Petani. Ketua Polis Johor akan keluarkan kenyataan mengenai perkara itu,” katanya ringkas.

Terdahulu Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, bertindak meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan terhadapnya di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan bermula.

Baru-baru ini Polis menahan sepasang suami isteri yang disyaki rakan subahat kepada Long Tiger.

Pasangan warga tempatan berusia 41 dan 43 tahun itu ditahan di Balai Polis Bukit Gambir, kira-kira 12.30 tengah malam.

Malah, dua daripada empat anggota polis yang ditahan sebelum ini terlibat secara langsung dengan aspek kecuaian sehingga Long Tiger meloloskan diri kini ditahan kerja sehingga habis proses rayuan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Sementara itu, Long Tiger juga masih mempunyai status perbicaraan di Mahkamah Sesyen Muar membabitkan kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan kini disiasat mengikut Seksyen 224 kanun sama kerana lari daripada tahanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya