Lima pelajar terlibat buli direman, mangsa alami bengkak rusuk kiri - Utusan Malaysia

Lima pelajar terlibat buli direman, mangsa alami bengkak rusuk kiri

SEBAHAGIAN daripada lima pelajar yang dibawa ke mahkamah direman sehingga Sabtu ini kerana terlibat dalam kejadian buli di sebuah sekolah di Muar, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Lima pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kejadian buli terhadap seorang mangsa yang mengalami kecederaan bengkak rusuk kiri.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Analia Kamaruddin terhadap kesemua pelajar berusia 16 tahun terbabit di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Kesemua pelajar terbabit dibawa ke Kompleks Mahkamah Muar di sini kira-kira pukul 9 pagi dengan menggunakan trak polis sebelum dibawa keluar tiga jam kemudian.

Semalam, lima pelajar ‘senior’ diberkas polis selepas mereka dipercayai membuli seorang pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah.

Kelima-lima mereka ditahan di sekitar Kuala Sungai Baru, Melaka; Kajang, Selangor; Kuala Lumpur dan Johor Bahru, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, siasatan mendapati kejadian berpunca daripada beberapa pelajar ‘senior’ terbabit yang tidak berpuas hati dengan sikap mangsa dan rakan-rakannya.

Katanya, polis memandang serius terhadap kes-kes jenayah melibatkan pelajar khususnya kes buli di sekolah dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kejadian itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN