Kutipan saman trafik Terengganu RM6.09 juta  - Utusan Malaysia

Kutipan saman trafik Terengganu RM6.09 juta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu merekodkan kutipan saman kira-kira RM6.09 juta dalam tempoh empat hari pelaksanaan diskaun sehingga 80 peratus sempena 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata,  setakat pukul 8 malam semalam, sebanyak 371,042 saman trafik diselesaikan di kaunter bayaran di seluruh kontinjen Terengganu. 

“Secara keseluruhan, seramai 32,129 pengunjung tampil membuat bayaran di kaunter bermula hari pertama pelaksanaan diskaun pada Khamis lalu hingga kaunter ditutup pada pukul 6 petang semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Rohaimi menasihatkan orang ramai agar membuat perancangan menyelesaikan saman trafik dan tidak menunggu pada saat akhir bagi mengelak kesesakan.

Susulan sambutan menggalakkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan tempoh diskaun bagi saman trafik itu dilanjutkan hingga akhir bulan ini.

Langkah itu selaras untuk memberi peluang kepada orang ramai mengambil kesempatan menjelaskan saman masing-masing. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN