Kerajaan sedia teliti siling harga rumah mampu milik - Utusan Malaysia

Kerajaan sedia teliti siling harga rumah mampu milik

ISMAIL ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyambut positif cadangan menurunkan siling harga rumah mampu milik bagi membantu golongan yang terkesan akibat Covid-19 selain merendahkan jumlah rumah yang tidak terjual dalam negara.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Mutallib berkata, pihaknya mengambil berat isu perumahan yang tidak terjual.

“Isu perumahan tidak mampu milik disebabkan dasar kementerian propemaju. Harga mampu milik hanya RM211, 448 sahaja susulan perubahan lanskap ekonomi akibat Covid-19 yang mana ramai terkesan dan terjejas pendapatan dan sebilangan besar kumpulan M40 tergelincir ke B40.

“Maka kementerian berasa amat sesuai jika cadangan siling harga rumah diteliti semula. KPT memandang serius isu rumah kediaman yang tidak terjual. Isu ini pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut perkara itu, Ismail berkata, ia memerlukan perbincangan lanjut untuk diselesaikan.

“Perkara ini akan diselesaikan kerana ia bukan setakat menjadi fokus KPT malah oleh Kerajaan Malaysia juga. Bagi memudahkan rakyat, kredit perumahan yang disediakan kerajaan turut ditawarkan kepada mereka yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai dokumen pendapatan yang tetap,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya