Jurucakap jemputan ML Studio terima sarjana - Utusan Malaysia

Jurucakap jemputan ML Studio terima sarjana

FARAH Najihah Razali dipeluk kedua ibu bapanya, Razali Ibrahim dan Normah Muda selepas  Majlis Konvokesyen UMT Ke-18 (Siri Ke-2) di Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Jurucakap jemputan yang berkongsi maklumat mengenai belangkas di platform video didik hibur, ML Studios merupakan 2,878 graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menerima ijazah dalam Majlis Konvokesyen Ke-18 (Siri Ke-2) hari ini.

Farah Najihah Razali, 27, yang juga pensyarah di Pusat Asasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di universiti itu memperoleh Ijazah Sarjana (Penyelidikan) Bioteknologi.

Katanya, kesibukan tugasan hakiki tidak menghalangnya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Saya juga ada perancangan untuk menyambung ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang biologi molekul.

“Di samping itu, saya akan meneruskan perkongsian video biologi dengan masyarakat menerusi platform ML Studios dan dalam masa terdekat, kandungan yang akan dihasilkan adalah mengenai haiwan bercengkerang,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Menurut Farah Najihah, perkongsian mengenai belangkas mencatatkan tontonan tertinggi, hingga menarik minat orang ramai terhadap haiwan purba itu.

Katanya, sehingga kini sebanyak 19 video sudah disumbangkan secara berkala melalui platform ML Studios sejak tahun lalu.

“Idea untuk berkongsi fakta menarik mengenai belangkas timbul kerana ia adalah kesinambungan daripada hasil kajian sarjana saya, jadi haiwan itu paling dekat di hati saya.

“Saya seronok membaca komen positif orang ramai kerana masih ada yang mengatakan tidak pernah tengok belangkas sekali gus teruja dengan fakta-fakta menarik yang dikongsikan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya