Jumlah pesakit Covid-19 perlukan ABP bawah 200 kes - Utusan Malaysia

Jumlah pesakit Covid-19 perlukan ABP bawah 200 kes

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) di bawah 200 kes iaitu 198 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula terus kekal di bawah 400 kes iaitu 383 kes.

“Bagi kes positif hari ini, ia menunjukkan peningkatan iaitu 4,262 kes berbanding semalam, 3,900 kes sekali gus di atasi pesakit yang sembuh pula, 4,985 kes.

“Sebanyak enam kluster baharu dicatatkan yang menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,062 kluster dengan 248 kluster aktif manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 5,814 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, daripada 4,262 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 78 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala bakinya, 4,184 kes (98.2 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 33 kes berbanding kelmarin, 48 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman sesawang https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,989 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak empat daripada 33 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,270 kes. -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN