Jumlah kuota haji diumum awal tahun depan - Utusan Malaysia

Jumlah kuota haji diumum awal tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Jumlah kuota musim haji 1443H/2022M akan diumumkan pada awal tahun depan kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.

Jelas beliau, jumlah harga bagi mengerjakan haji masih juga belum ditentukan, kerana masih terdapat pengiraan kos yang sedang dibuat.

“Mesyuarat menentukan peningkatan kuota diadakan pada awal tahun hadapan dan penentuan keputusan akan dibuat berdasarkan keadaan semasa di Mekah.

“Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) iaitu harga meningkat sebanyak 41 peratus, namun kos bayaran (menunaikan) haji akan dibentangkan dalam Kabinet ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ketika ditemui pada majlis Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-38 Musim Haji 1443H di sini, hari ini.

Sementara itu, TH membangunkan sebuah aplikasi e-Taib merupakan aplikasi terkini untuk memudahkan urusan jemaah haji bersoal-jawab mengenai hukum-hakam dan perjalanan ibadat haji semasa di Tanah Suci melalui perbualan lanGsung bersama guru-guru agama.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, inisiatif digitalisasi itu adalah usaha bagi memperkasakan cara penyampaian bimbingan ibadat haji.

“Dalam situasi pandemik, cara pembelajaran secara dalam talian bukan sahaja seiring dengan keperluan zaman teknologi, malah menjadi sebahagian daripada norma baharu pada kehidupan hari ini.

“Mengikuti langkah-langkah kerajaan Arab Saudi yang memulakan proses urusan haji secara dalam talian dari pendaftaran hingga pemilihan bakal haji, saya percaya bahawa sudah tiba masanya kita juga melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi,” ujarnya.

Muzakarah yangv diadakan selama tiga hari bermula hari ini, memberi peluang kepada lebih 500 Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) serta ilmuan agama berkongsi ilmu serta pengalaman bagi menetapkan keseragaman hukum dan mencari penyelesaian terbaik berkaitan haji, umrah dan ziarah.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya