Ibu pejabat PBB dikompaun RM20,000 - Utusan Malaysia

Ibu pejabat PBB dikompaun RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dikenakan kompaun RM20,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, kompaun itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pada 7 Disember lalu.

“Kompaun dikeluarkan selepas mereka didapati gagal mematuhi penjarakan fizikal ketika majlis pengumuman calon Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya seperti dilaporkan akhbar tempatan.

Ini bermakna, sebanyak RM31,000 kompaun telah dikeluarkan akibat pelanggaran SOP antara 6 hingga 12 Disember.

Ini termasuk RM4,000 kompaun yang dikenakan kepada Datuk Ali Biju pada hari penamaan calon, selepas dikelilingi penyokongnya tanpa mematuhi penjarakan fizikal.

Selain itu, bilik operasi calon GPS, Anyi Jana yang bertanding di kerusi Ngemah turut dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati bersalaman dan tidak mematuhi penjarakan fizikal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN