i-Citra: Ahmad Zahid saran lanjutkan, penuhi permintaan rakyat - Utusan Malaysia

i-Citra: Ahmad Zahid saran lanjutkan, penuhi permintaan rakyat

Pengeluaran KWSP sebelum ini dijangka memberi kesan kepada pelaburan dan pendapatan seterusnya dividen dana simpanan persaraan terbesar negara itu. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyarankan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memenuhi permintaan rakyat dengan melanjutkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi skim i-Citra. 

Beliau berkata, langkah itu antara lain supaya kesemua mangsa banjir  dibantu sehabis baik untuk mendepani saat-saat sukar begini.

Katanya, meskipun kerajaan sudah mengumumkan sejumlah bantuan kewangan, tetapi itu harus diakui belum mencukupi kerana mangsa banjir memerlukan modal untuk membina semula kehidupan selepas bencana itu berakhirnya sepenuhnya.

“Dalam keadaan begitu, amat wajar Menteri Kewangan memenuhi permintaan rakyat agar skim i-Citra dilanjutkan. Secara tidak langsung wang itu dapat digunakan oleh mangsa banjir untuk kembali bangkit daripada kemusnahan.

“Bantuan kerajaan beserta RM10,000 wang KWSP pasti sedikit sebanyak membantu mereka bernafas semula,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

AHMAD ZAHID HAMIDI

Menurut Ahmad Zahid, mereka yang tidak terjejas akibat banjir juga memerlukan wang berkenaan untuk bangkit semula dari kemelut ekonomi.

“Kumpulan Bank Dunia dilaporkan turut menyarankan kerajaan meneruskan bantuan pendapatan sedia ada bagi tempoh minimum enam bulan lagi.

“Ia demi memastikan kelangsungan sokongan kewangan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan rentan.

“Ingatlah. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul,” jelasnya.  – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.