Lelaki hentak cermin kereta dengan topi keledar viral

Hentak cermin kereta dengan topi keledar

VIDEO tular memaparkan suspek menghentak kereta mangsa menggunakan topi keledar di Jalan Lundang, Kota Bharu, Kelantan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang peniaga berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya dihimpit motosikal yang ditunggang sekumpulan lelaki sebelum cermin keretanya dihentak dengan topi keledar di Jalan Lundang, di sini semalam.

Kejadian itu dirakam seorang pemandu lain yang berada di belakang kereta jenis Perodua Myvi terbabit sebelum dua klip video masing-masing berdurasi 22 dan 43 saat tular di media sosial sejak semalam.

ABDUL RAHIM DAUD

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan awal mendapati, mangsa berusia 31 tahun bersama isteri dan seorang anak perempuan berusia empat tahun sedang dalam perjalanan untuk berniaga.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian, lelaki itu dipercayai hampir berhimpit dengan salah sebuah motosikal yang ditunggang kumpulan suspek.

“Dua motosikal dinaiki tiga lagi suspek tidak berpuas hati dengan insiden itu lalu mengekori kereta mangsa sebelum bertindak memukul cermin sisi kiri bahagian belakang kereta semasa tiba di lampu isyarat.

“Siasatan mendapati, mangsa tidak mengenali suspek yang terlibat. Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan atau kerosakan yang berlaku terhadap kereta milik mangsa dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Abdul Rahim, bimbang dengan keselamatan keluarganya, mangsa telah tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini kira-kira pukul 6.17 petang semalam.

Ujarnya, polis sedang mengesan suspek-suspek dan polis meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut supaya tampil untuk membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya