Hartal Doktor Kontrak ditunda - Utusan Malaysia

Hartal Doktor Kontrak ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gerakan Hartal Doktor Kontrak yang sepatutnya diadakan hari ini ditunda ke satu tarikh yang dimaklumkan kemudian. 

Sekretariat Hartal Doktor Kontrak dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan tersebut dibuat bagi menunggu penjelasan terperinci daripada Kementerian Kesihatan.

Katanya, Sekretariat Hartal Doktor Kontrak mengambil maklum kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini yang menyatakan akan membawa isu berkaitan dalam mesyuarat Kabinet nanti bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

“Perlu diingatkan para doktor kontrak adalah kumpulan penting dalam memastikan kesiapsiagaan pandemik berdepan wabak Covid-19 yang belum selesai. Kegagalan mendatangkan solusi konstruktif  meyakinkan dan berkebajikan dengan kadar segera hanya menjemput eksodus #ExitKKM besar-besaran dan gelombang hartal yang kedua. 

“Kami sekali lagi mendesak pihak kerajaan agar memandang serius hal ini, hari ini, tanpa berdolak dalih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pembentangan Bajet 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat pada 29 Oktober lalu, kerajaan bersetuju meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan sejumlah RM100 juta yang bakal memberi manfaat kepada 3,000 pegawai perubatan dan pergigian lantikan kontrak.

Kerajaan juga bersetuju menyambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan perubatan, pergigian dan farmasi selepas tempoh khidmat wajib selama dua tahun.

Bagaimanapun, pengumuman itu belum menjawab persoalan dan penantian semua doktor kontrak mengenai pelantikan mereka secara tetap dalam kerajaan melalui sistem yang lebih telus seperti dilaporkan sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya