Harimau Malaya semakin ‘lapar’ - Utusan Malaysia

Harimau Malaya semakin ‘lapar’

SAFAWI Rasid meraikan jaringannya ketika menentang Kemboja di Stadium Bishan, Singapura kelmarin.- IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya kini semakin ‘lapar’ dan sedia membaham pasukan berikutnya selepas bermula dengan langkah kanan di Piala AFF apabila menewaskan Kemboja 3-1, kelmarin.

Penyerang negara, Syafiq Ahmad berkata kemenangan tersebut amat bermakna buat pasukan dalam menaikkan keyakinan rakan sepasukan untuk mengharungi perlawanan kedua Kumpulan B menentang Laos, esok.

“Sesiapa saja jaringkan gol tiada masalah janji pasukan menang. Untuk saya sendiri keinginan menjaringkan gol memang ada tetapi berjaya mencipta peluang kepada rakan pasukan juga telah cukup memberi kepuasan untuk saya.

“Kemenangan ini penting untuk pasukan dan pemain selepas dua aksi persahabatan sebelum ini tewas. Sudah pasti ia meningkatkan lagi keyakinan pemain dan pasukan untuk bermain pada perlawanan akan datang.

“Kita mahu fokus daripada satu perlawanan ke satu perlawanan bagi mengutip mata dan melangkah ke peringkat seterusnya,” kata pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dalam sidang media, semalam.

Gol Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Kogileswaran Raj membantu skuad kendalian Tan Cheng Hoe mencatat kemenangan 3-1 ke atas Kemboja dalam aksi Kumpulan B Piala AFF di Stadium Binshan, Singapura.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pemain naturalisasi, Guilherme De Paula, Syafiq mengakui rakan sepasukannya itu telah memberi yang terbaik dalam perlawanan itu.

“Sebagai penyerang sudah pasti kecewa bila tidak dapat menjaringkan gol selepas melakukan dua, tiga percubaan dan saya faham apa yang De Paula rasa.

“Saya nampak dia berusaha melakukan sesuatu untuk membantu pasukan, masanya akan tiba untuk menjaringkan gol nanti,” jelasnya.

BIARPUN tidak menjaringkan gol, namun sumbangan Syafiq Ahmad (kiri) wajar diberikan kredit susulan beberapa gerakan menarik sehingga mengancam gawang Kemboja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya