Hannah Yeoh: 'Pakai tudung mengata, tak pakai pun mengata, lebih-lebih la...' - Utusan Malaysia

Hannah Yeoh: ‘Pakai tudung mengata, tak pakai pun mengata, lebih-lebih la…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tak pakai tudung kata tak hormat masjid, pakai tudung kata pancing undi, lebih-lebih la…”

Demikian tegur bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mengenai kritikan terhadap Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang mempertahankan tindakan beliau yang memakai tudung ketika berada di sebuah masjid, baru-baru ini.

Dalam hantaran terbaharunya di Twitter, Mujahid menambah: “Tak ada pula yang puji masjid buat open day (hari terbuka) untuk semua orang.

“Yang jadi isu, Hannah Yeoh pakai tudung, berjela-jela artikel. Tudung pula jadi masalah?”

Semalam, Hannah memberitahu, tindakan menutup kepala di dalam masjid tidak akan mengubah bangsa dan agama beliau sendiri.

Menurut beliau, semua pihak perlu mempertahankan dan berjuang untuk Malaysia yang mengamalkan corak pendekatan sederhana dan negara ini bukan untuknya seorang sahaja, tetapi untuk orang lain.

“Hormati mereka di sekeliling anda dan terapkan nilai kebaikan ini kepada jiran-jiran anda. Sikap mementingkan diri sendiri hanyalah resipi bencana yang lebih besar.

“Sampaikan suara rakyat Malaysia yang sederhana supaya ianya bergema kuat di tempat kerja, kawasan kejiranan, ketika pertemuaan bersama keluarga, tempat ibadat dan melalui media sosial kita.

“‭‭Saya akan terus memakai selendang dengan sewajarnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya