fbpx

Hanipa cadang nama vaksin Covid-19 ‘Bossku’

HANIPA MAIDIN

KUALA LUMPUR: Hanipa Maidin (PH-Sepang) mencadangkan kerajaan mempertimbangkan nama vaksin Covid-19 buatan Malaysia sebagai ‘Bossku’ atau ‘Pekan’.

Katanya, ia sebagai menumpang populariti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jika kita cipta vaksin baharu kemudian, kita boleh memanggilnya vaksin ‘Pekan’ atau ‘Bossku’ ada macam satu bola magik dengan ‘title’ Bossku itu untuk dapat impak yang kuat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 pada peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Dewan Rakyat, hari ini.

MOSTI sebelum ini telah memperuntukkan hampir RM60 juta untuk penyelidikan dan pembangunan vaksin Covid-19 tempatan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan vaksin dari negara lain.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, daripada peruntukan itu, RM54 juta diperuntukkan untuk Institut Genom Malaysia manakala RM2.5 juta untuk pasukan penyelidikan membangunkan vaksin menggunakan teknologi ‘Messenger Ribonucleic Acid’ (mRNA).

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!