Dulu niaga di jalanan kini di Platinum Mall - Utusan Malaysia

Dulu niaga di jalanan kini di Platinum Mall

KARNIVAL KeTSA @ Kota Bharu Prihatin anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan berlangsung di Dataran Platinum Mall, Lembah Sireh, Kota Bharu. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Selepas ‘jatuh’ akibat Covid-19, seramai 70 peniaga kecil di pasar tani dan pasar malam teruja diberi peluang bangkit semula dengan berniaga di gedung beli-belah terbaharu, Platinum Mall.

Mereka dibenarkan berniaga secara percuma selama sebulan di gedung setinggi tujuh tingkat di Lembah Sireh, di sini yang menawarkan 1,700 lot kedai dengan keluasan keseluruhan 38,340 meter persegi.

Antaranya, peniaga pakaian, Maria Ya, 32, yang berkata, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, dia hilang punca pendapatan kerana tidak dapat berniaga di pasar malam yang ditutup sepenuhnya selama berbulan-bulan.

“Jadi bila dapat tahu Platinum Mall tawarkan tempat niaga secara percuma kepada peniaga kecil yang berkelayakan, saya cepat-cepat mohon. Ini peluang untuk saya bangkit membina semula perniagaan.

“Dalam masa sama, saya giat mempromosi produk jualan saya menggunakan laman sosial untuk mencari pelanggan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Kunci Niaga Platinum Mall, di sini hari ini.

Terdahulu, upacara penyerahan kunci membabitkan kumpulan peniaga terawal di gedung beli-belah itu disempurnakan Pegawai Eksekutif Tekun Corporation Sdn. Bhd. Kelantan Wan Mohamed Kasbi Wan Mahmood.

Seorang lagi peniaga, Roslan Mustafa, 52, pula berkata, berniaga di Platinum Mall merupakan satu peluang keemasan dan pengalaman baharu baginya yang selama ini bertahun-tahun berniaga di pasar tani. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN