Dua pelabuhan di Pasir Gudang perlu dimodenkan - Utusan Malaysia

Dua pelabuhan di Pasir Gudang perlu dimodenkan

HASNI Mohammad (dua kiri) memakaikan pakaian istiadat kepada Asman Shah Abd. Rahman pada Majlis Angkat Sumpah Datuk Bandar MBPG yang pertama di Dewan Muafakat Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Langsat, di sini perlu menjalani transformasi dan dimodenkan dengan penggunaan teknologi terkini bagi mengekalkan Pasir Gudang sebagai bandar tumpuan bagi sektor perindustrian dan pengangkutan.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, pembangunan itu perlu selari dengan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) termasuk penggunaan Internet of Things (IoT), ‘cloud computing’, ‘open data’ dan ‘big data analytics’.

Katanya, kedudukan yang strategik adalah peluang untuk bandar raya itu dibangunkan menjadi lokasi tumpuan ekonomi di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Ia berpotensi untuk memulih dan menambah baik peluang pelaburan dalam dan luar negara untuk menyumbang kepada kemajuan kawasan Pasir Gudang. Sudah tiba masanya, dua pelabuhan terpenting di Johor yang terletak dalam kawasan ini dibangunkan mengikut trend teknologi terkini selari dengan IR 4.0,” katanya ketika berucap pada Majlis Mengangkat Sumpah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), di sini hari ini.

Dalam majlis berkenaan, Datuk Asman Shah Abd. Rahman dilantik sebagai Datuk Bandar Pasir Gudang yang pertama secara rasminya bermula hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN