Dua hospital baharu di Terengganu beroperasi sebelum Aidilfitri tahun depan - Utusan Malaysia

Dua hospital baharu di Terengganu beroperasi sebelum Aidilfitri tahun depan

MAMAD Puteh (tiga, dari kanan) mendengar taklimat ketika melawat Hospital Dungun yang baharu di Dungun, hari ini. - NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Perkhidmatan penjagaan kesihatan di negeri ini bertambah meluas apabila dua hospital baharu dijangka beroperasi sebelum Hari Raya Aidilfitri, tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, hospital itu ialah Hospital Dungun dan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Kuala Nerus. 

Katanya, Hospital Dungun yang bernilai RM125 juta kini sudah mencapai tahap kemajuan sebanyak 98.2 peratus dengan mempunyai 110 katil untuk pesakit. 

“Bagi Hospital Pengajar Unisza yang dibangunkan dengan kos RM332 juta pula, pembinaannya sudah siap dan dilengkapi sebanyak 200 katil,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Hospital Dungun yang baharu, di sini hari ini. 

Mamad berkata, Hospital Dungun yang dibina pada 2016 itu sepatutnya siap pada Februari 2019, namun tertangguh disebabkan beberapa faktor termasuk perubahan reka bentuk bagi menepati spesifikasi Kementerian Kesihatan. 

“Kelewatan pembinaan turut berpunca akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagaimanapun tiada pertambahan kos yang ditanggung,” katanya. 

Hospital Dungun yang dibina di atas tapak seluas 6.13 hektar merupakan hospital pakar yang ketiga di Terengganu selepas Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Hospital Kemaman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya