Dua ditahan kes samun premis jam tangan mewah - Utusan Malaysia

Dua ditahan kes samun premis jam tangan mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita dan lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai jam di sebuah pusat beli-belah di Bangsar di sini kelmarin.

Ini susulan laporan dibuat pengadu yang bekerja sebagai jurujual jam kira-kira pukul 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, ketika kejadian, pengadu mendakwa didatangi pelanggan lelaki dan melakukan samun.

Katanya, suspek dilihat pada masa kejadian melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memakai pelitup muka, membawa beg galas warna hitam dan dua plastik warna putih dan hijau di tangan kanan.

“Hasil siasatan awal mendapati kali terakhir suspek dilihat berjalan kaki keluar menuju ke jejantas Abdullah Hukum.

“Buat masa ini, seorang wanita berusia 41 tahun dan lelaki warga tempatan berusia 34 tahun ditahan,” katanya dalam kenyatan hari ini.

Dalam pada itu, Amihizam berkata, pemeriksaan mendapati lapan utas jam dipercayai hilang dalam kejadian itu. 

Jelas beliau, polus turut merampas telefon bimbit jenama Redmi berwarna hitam berserta kad sim bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Saksi awam lain yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk memberi keterangan,” katanya.

Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya