Dividen ASB 5.00 sen seunit - Utusan Malaysia

Dividen ASB 5.00 sen seunit

LOGO AMANAH SAHAM BUMIPUTERA 2
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), mengumumkan jumlah agihan pendapatan 5.00 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Pengerusi PNB, Tun Arifin Zakaria berkata, ia merangkumi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen dan bonus 0.75 sen seunit.

“Pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion ini akan memanfaatkan 10.4 juta pemegang unit ASB. 

“Ini menjadikan jumlah pengagihan pendapatan terkumpul dan bonus ASB yang telah diagihkan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1990 kesemuanya sebanyak RM168.5 bilion,” katanya dalam sidang akhbar secara maya, hari ini.

Menurut beliau, ASB berjaya mengekalkan pengagihan pendapatan yang kompetitif, mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan yang mencatatkan kadar pulangan sebanyak 1.85 peratus.

“Prestasi menggalakkan ini didorong oleh strategi kepelbagaian berterusan dana yang telah menjana prestasi kukuh hasil daripada pelaburan ekuiti global dengan pasaran ekuiti domestik yang lebih lemah,” ujarnya.

Penangguhan urus niaga bagi unit ASB bermula hari ini sehingga 2 Januari 2022.

Pemegang unit ASB boleh mula melakukan urus niaga mereka bermula 3 Januari 2022. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya