Diserang sawan, warga emas Pulau Redang naik kapal Maritim ke hospital - Utusan Malaysia

Diserang sawan, warga emas Pulau Redang naik kapal Maritim ke hospital

WARGA emas dari Pulau Redang yang diserang sawan dibawa ke hospital di Kuala Terengganu dengan bantuan KM Redang oleh Maritim Malaysia Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas dari Pulau Redang yang diserang sawan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, dengan bantuan Kapal Maritim (KM) Redang, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, bantuan pemindahan perubatan (Medevac) terhadap lelaki berusia 78 tahun itu dilakukan selepas pihaknya menerima panggilan dari Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan.

Katanya, KM Redang yang ketika itu beroperasi di sekitar perairan Pulau Redang ke lokasi pesakit bagi melaksanakan khidmat tersebut.

“Sebaik sahaja tiba pada pukul 4 petang, warga emas itu terus dipindahkan ke dalam kapal dengan perjalanan mengambil masa kira-kira dua jam. 

“Pesakit kemudian dihantar ke HSNZ bagi mendapatkan bantuan perubatan dan tindakan susulan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Suffi meminta orang ramai untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau pusat operasi Maritim Malaysia Terengganu di talian 09-6224357. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya