BSMM serah bantuan, 700 lagi ahli Southern Volunteers turun padang

BSMM serah bantuan, 700 lagi ahli Southern Volunteers turun padang

SUKARELAWAN SV bersama-sama kakitangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Majlis Bandaraya Johor Bahru bersiap sedia dalam misi bantuan banjir di Dataran Bandaraya Johor Bahru. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Kesihatan Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) akan menyumbangkan RM100,000 untuk membantu mangsa banjir khususnya di negeri Selangor.

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang juga Penasihat Diraja BSMM bertitah, sumbangan itu akan diagihkan secara terus kepada BSMM Selangor untuk membantu mangsa-mangsa yang terjejas teruk dalam bencana itu.

“Ramai yang tinggal sehelai sepinggang dan ramai lagi yang menanggung kerugian besar akibat bencana alam itu. Mereka memerlukan bantuan dan sokongan dalam apa jua bentuk sekalipun,” titah Raja Zarith Sofiah.

Permaisuri Johor sebelum ini adalah Pengerusi jawatankuasa itu yang ditubuhkan pada 2006 sebelum menyerahkan jawatan berkenaan kepada anakandanya, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim yang juga Tunku Temenggong Johor.

Sementara itu, pasukan sukarelawan Southern Volunteers (SV) menggerakkan seramai 700 ahlinya untuk fasa kedua misi bantuan kemanusiaan di Shah Alam dan Hulu Langat, Selangor serta di Bentong, Pahang yang merupakan langkah susulan selepas menghantar barangan keperluan baru-baru ini.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM50,000 untuk menjayakan misi bantuan fasa kedua berkenaan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, On Jabbar berkata, misi itu akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan melibatkan infrastruktur dan kemudahan awam serta kediaman mangsa-mangsa banjir di kawasan terbabit.

Katanya, misi bantuan selama lima hari itu dikoordinasikan dengan beberapa agensi tempatan antaranya Majlis Sukan Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Kajang dan Pegawai Daerah Bentong.

“Satu pasukan SV akan digerakkan ke Shah Alam hari ini manakala dua lagi pasukan akan digerakkan ke Hulu Langat dan Bentong esok, selain kita juga telah menghantar bantuan bekalan ke Melaka, semalam,” katanya.

Majlis pelancaran misi bantuan itu disempurnakan Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman di Dataran Bandaraya Johor Bahru, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya