Baucar RM1,000 penggantian kenderaan peribadi khas untuk mangsa banjir - Utusan Malaysia

Baucar RM1,000 penggantian kenderaan peribadi khas untuk mangsa banjir

ANTARA ribuan kereta yang ditenggelami air dalam kejadian banjir baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan memberikan baucar sebanyak RM1,000 untuk digunakan bagi tujuan pembaikan atau pembelian bagi menggantikan kenderaan peribadi yang telah rosak sepenuhnya akibat banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan inisiatif itu, dapat membantu meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan akibat banjir yang melanda negara pada 18 Disember lalu.

Kerajaan antara lain melaksanakan beberapa inisiatif iaitu menyediakan perkhidmatan tunda kereta melalui Perodua ke pusat servis Perodua secara percuma selain syarikat itu bersetuju memberikan kos upah baik pulih secara percuma dan diskaun sebanyak 50 peratus ke atas alat ganti.

“Proton juga bersetuju memberi diskaun alat ganti sebanyak 50 peratus bagi kebanyakan model kereta serta menawarkan caj tunda dan cuci kereta secara percuma di pusat-pusat servis mereka yang berdaftar.

“Bagi syarikat kereta lain pula, hampir semua bersetuju menyediakan perkhidmatan tunda kereta secara percuma dan diskaun sebanyak 25 peratus atau lebih, ke atas alat ganti dan upah baik pulih di pusat servis berdaftar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, kata Ismail Sabri, Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan Kemudahan Bencana atau DRF melalui bank komersial sehingga RM500,000 kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) dan sehingga RM75,000 kepada usahawan mikro.

Menerusi ketersediaan dana RM500 juta, katanya, tempoh pembiayaan adalah sehingga lima tahun termasuk moratorium bayaran balik sehingga enam bulan dengan kadar pembiayaan sehingga 3.5 peratus setahun.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan bersetuju menyediakan pemberian baucar kepada mangsa-mangsa banjir bagi pembelian peralatan elektrik yang telah rosak.

“Setiap ketua isi rumah boleh memohon dan mendapatkan baucar bernilai RM500 semasa membuat pembelian sama ada secara fizikal di kedai dan pasar raya berdaftar atau saluran e-dagang diiktiraf Kementerian Tenaga dan Sumber Asli,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya