Banjir: UMT tangguh pembelajaran hingga Sabtu ini - Utusan Malaysia

Banjir: UMT tangguh pembelajaran hingga Sabtu ini

ANTARA pengamal media yang diraikan dalam Majlis Penghargaan Petugas Barisan Hadapan UMT di Dewan Sultan Mizan di Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menangguhkan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) di kampusnya hingga Sabtu ini susulan bencana banjir. 

Naib Canselornya, Prof Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, penangguhan itu berkuat kuasa seminggu bermula Ahad lalu bagi memberi ruang buat para pelajar yang terjejas banjir bertenang sepanjang tempoh mencabar ini. 

“Kita faham ada pelajar yang berasal dari negeri-negeri yang terjejas banjir dan bersimpati atas nasib menimpa mereka. 

“Sehubungan itu, para pelajar dikecualikan daripada kuliah dan pembelajaran sepanjang tempoh bertenang dari 19 hingga 25 Disember ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penghargaan Petugas Barisan Hadapan UMT di Dewan Sultan Mizan, di kampus itu hari ini. 

Dalam majlis itu, lebih 300 barisan hadapan diraikan antaranya polis, bomba, petugas kesihatan, pengamal media dan kakitangan UMT. 

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata, seramai 400 sukarelawan UMT digerakkan ke Selangor dan Pahang bagi membantu mangsa-mangsa banjir. 

Katanya, kumpulan sukarelawan Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia itu dijadualkan berada tiga hari di negeri berkenaan bermula Sabtu ini. 

“Misi bantuan melibatkan kerja-kerja pembersihan rumah mangsa yang dipenuhi lumpur.  Bagi fasa pertama ini, seramai 50 sukarelawan akan berkhidmat di Selangor dan Pahang,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya