fbpx

Aspirasi Keluarga Malaysia KPT jaga kebajikan penuntut

NORAINI Ahmad (dua dari kanan) mengiringi Ismail Sabri Yaakob melawat pameran pada perasmian Keluarga Malaysia @ Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Dewan Tuanku Canselor UPSI di Tanjung Malim, Perak, hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Program Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 Hari Jemaah Menteri yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berada di landasan betul dalam usaha menjaga kebajikan dan kesejahteraan pelajar.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, aspirasi itu melibatkan pemberian baucar makanan percuma melalui Program [email protected] Keluarga Malaysia, pemberian vaksin kepada warga pendidikan tinggi melalui Program VACC2CAMPUS. 

Katanya, selain itu ia melibatkan pembekalan Ujian Rapid Test Kit (RTK) kepada pelajar IPT melalui Program [email protected] dan penawaran peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan kepada pelajar IPT melalui Program [email protected]

“Usaha KPT untuk mencapai sasaran yang ditetapkan ke atas keempat-empat AKM berkenaan pada masa ini berada di landasan yang betul. 

“Sehingga kini sebanyak 470,444 baucar makanan [email protected] Keluarga Malaysia sudah diedarkan kepada pelajar B40 secara bersasar membabitkan peruntukan sebanyak RM7.06 juta. 

“Inisiatif yang bukan sahaja memanfaatkan 42,633 pelajar B40 ini turut membantu pengusaha makanan yang terjejas di dalam kampus untuk bangkit semula dalam perniagaan mereka akibat daripada pandemik Covid-19,” katanya dalam ucapan pada perasmian Keluarga Malaysia @ Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Dewan Tuanku Canselor UPSI di sini, hari ini.

Program dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Noraini berkata, bagi VACC2CAMPUS, sehingga 29 November lalu, 100 peratus atau 1,101,779 warga IPT yang berdaftar dalam MySejahtera sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Menurutnya,  dijangkakan kesemua mereka bakal mendapat vaksinasi lengkap bulan ini. 

“Usaha pemberian vaksin kepada warga IPT ini adalah langkah berterusan akan dilaksanakan KPT bagi mewujudkan komuniti kampus yang selamat. 

“Justeru, warga IPT yang layak amatlah dialu-alukan untuk menerima dos penggalak,” katanya. 

Noraini berkata, KPT prihatin dengan kebajikan pelajar di kampus, lebih-lebih lagi dalam suasana kampus sudah dibuka dan para pelajar sudah mula menjalani Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara hibrid. 

Menurutnya, Peka dengan perkara ini maka, menerusi AKM ketiga, iaitu [email protected], KPT memutuskan untuk membekalkan Ujian Rapid Test Kit (RTK) kepada pelajar IPT.

Beliau berkata, ia adalah antara langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan warga kampus terpelihara selain mencegah penularan wabak Covid-19. 

“Inisiatif ini membabitkan pelajar sedia ada, pelajar baru dan juga bagi maksud intervensi kepada pelajar luar kampus yang berulang-alik serta pelajar yang menunjukkan gejala.

 “Sehingga hari ini, sebanyak 1,168,780  juta unit RTK sudah dibekalkan membabitkan  peruntukan sebanyak RM17.5 juta. 

“Kami mengalu-alukan sumbangan daripada pihak swasta dan korporat sekiranya ada yang berminat untuk menyumbangkan kit RTK ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI