Amirul Azhan bawa diri ke Kedah - Utusan Malaysia

Amirul Azhan bawa diri ke Kedah

PENGENDALI Kedah, Aidil Sharin Sahak.- IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bek kanan Perak FC, Amirul Azhan Adnan membawa diri ke pasukan baharu selepas tiada tawaran dari pasukan negeri asalnya untuk musim 2022.

Menurutnya, sehingga kini dia langsung tidak dipanggil untuk berbincang.

“Banyak yang berlaku dalam pasukan tetapi sehingga kini saya langsung tidak dipanggil untuk berbincang. Jadi saya fahamlah saya sudah tidak dikehendaki.

“Orang dah tak mahu kita takkan nak tunggu lagi. Mungkin saya tiada rezeki dengan Perak,” katanya.

Pemain yang bergilir menjadi kapten Perak bersama Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy itu kecewa kerana kesetiaan dia dan pemain lain tidak dihargai.

 

Menurutnya, ketika krisis berlaku, Perak kehilangan 10 pemain utama.

Katanya, ketika itu yang tinggal hanyalah beberapa orang pemain yang tidak sampai hati meninggalkan pasukan.

“Ini kerana kami berharap dapat membantu Perak kekal  dalam Liga Super.

“Kesetiaan kami malangnya tidak dihargai apabila diberi layanan buruk. Justeru, saya akan berpindah ke pasukan yang inginkan khidmat saya,” katanya yang lebih dikenali sebagai An.

Semalam, Amirul Azhan diperkenalkan sebagai pemain baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk musim 2022.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya