Air pasang besar: 4 rumah di Kampung Merlimau Pantai terjejas, fenomena sama landa esok pagi - Utusan Malaysia

Air pasang besar: 4 rumah di Kampung Merlimau Pantai terjejas, fenomena sama landa esok pagi

DR. MUHAMAD Akmal Saleh meninjau kawasan rumah yang dipanda air pasang besar di Merlimau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERLIMAU: Sebanyak empat buah rumah terjejas di Kampung Merlimau Pantai dekat sini akibat fenomena air pasang besar, pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, dijangkakan esok sekitar pukul 8 ke 9 pagi, fenomena sama akan berulang.

“Ada beberapa tanah yang terhakis akibat air yang deras dan insya-Allah pihak kami akan menggantikannya dengan kasaran yang lebih kukuh strukturnya selepas ini.

“Saya telah meminta bantuan dari anggota beruniform seperti JPAM, bomba dan Rela untuk bersedia pada esok pagi membantu jika sebarang kemungkinan berlaku,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook miliknya hari ini.

Dalam hantaran itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau melawat kawasan yang dilanda air pasang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN