5,000 anggota awam digerak  bantu misi pasca banjir - Utusan Malaysia

5,000 anggota awam digerak  bantu misi pasca banjir

MOHD KHAIRUL ADIB ABD> RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hampir 5,000 anggota perkhidmatan awam digerakkan bagi membantu misi pasca banjir  secara berperingkat dan mengikut penggiliran masing-masing. 

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman berkata, ia susulan kenyataan Pejabat Ketua Setiausaha Negara semalam memutuskan supaya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyelaras pembahagian kawasan terjejas banjir kepada kementerian.

Katanya, arahan tersebut juga merangkumi  usaha menyelaras  mobilisasi pegawai perkhidmatan awam khususnya bagi membantu kerja-kerja pembersihan dan kemanusiaan. 

“Selaras dengan keputusan tersebut, kementerian akan menentukan dan mengarahkan pegawai di agensi masing-masing untuk membantu melaksanakan tugas-tugas pasca banjir berdasarkan kawasan yang ditetapkan dan arahan ini berkuat kuasa serta-merta. Ia juga dilaksana berdasarkan kawasan yang terjejas teruk bagi tempoh masa tertentu bertujuan meringankan kepayahan dihadapi mangsa-mangsa banjir,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd. Khairul Adib berkata, berdasarkan surat edaran yang dikeluarkan JPA hari ini, pegawai-pegawai yang terlibat dengan arahan mobilisasi adalah dianggap menjalankan tugas rasmi. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya