2 estet di Pahang ditamatkan PKPD - Utusan Malaysia

2 estet di Pahang ditamatkan PKPD

PENDUDUK di Ladang Bukit Puteri antara dua lokaliti estet komoditi yang ditamatkan PKPD secara serentak pada esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua estet komoditi di dua daerah yang berbeza di Pahang bakal ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) masing-masing secara serentak esok.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, satu lokaliti terbabit berakhir sekatan bersasar itu lebih awal sehari daripada yang dijadualkan melibatkan Ladang Sime Darby Bukit Puteri dalam Mukim Batu Yon 1, Daerah Lipis yang telah lama dikenakan PKPD sejak 6 November lalu.

Lokaliti ini yang terletak 30 kilometer dari bandar Kuala Lipis, sepatutnya berakhir sekatan pergerakan itu pada 19 November lepas namun disambung lagi 14 hari sehingga 3 Disember selepas sembilan individu dikesan kes positif itu pada 2 November dan kemudian dua lagi keesokan hari.

Kawasan berkenaan yang seluas 3,911 hektar dengan penanaman pokok kelapa sawit sahaja meliputi 3,834 hektar, manakala baki 77 hektar lagi merupakan penempatan penduduknya.

Lokaliti estet ini merupakan antara 208 ladang pertanian komersial yang diuruskan gergasi komoditi ternama tempatan, Sime Darby Plantation Sdn. Bhd. di negara ini serta Indonesia.

Satu lagi lokaliti yang ditamatkan PKPD ialah Ladang Mengkarak 1 dalam Daerah Bera yang dilaksanakan sekatan tersebut pada 12 November sebelum disambung lagi dari 25 November susulan pengisytiharan Kluster Sawit Mengkarak pada 10 November yang dikesan daripada kes indeks seorang pekerja warga asing bergejala.

Pesakit tersebut disahkan menghidap Covid-19 hasil pemeriksaan di sebuah klinik swasta pada 7 November sebelum seramai 14 individu lagi turut dijangkiti wabak pada keesokan hari.

Malah, ia menjadikan jumlah keseluruhan seramai 51 individu positif daripada saringan ke atas 71 kontak rapat di ladang yang diuruskan oleh syarikat FGV Plantations (Malaysia) Sdn. Bhd.

Rodzi bagaimanapun memaklumkan bahawa tiada lokaliti baharu akan dikenakan PKPD selain tidak ada juga kawasan yang bakal disambung lagi sekatan secara bersasar itu pada esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya