1,200 tan sampah banjir dikutip di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

1,200 tan sampah banjir dikutip di Negeri Sembilan

KIRA-kira 1,200 tan metrik sisa sampah pukal akibat banjir telah dikutip dan dibersihkan oleh SWM Environment sejak tempoh pasca banjir di Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kira-kira 1,200 tan metrik sisa sampah pukal akibat banjir telah dikutip dan dibersihkan oleh syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) sejak pasca banjir pada 20 Disember lalu.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata, operasi pembersihan dan kutipan pasca banjir itu dilancarkan dalam tempoh tujuh hari sehingga 27 Disember 2021 dengan hampir 200 perjalanan melibatkan kawasan terjejas di Seremban, Nilai, Port Dickson, Rembau dan Jelebu. 

“Selama tujuh hari, SWM Environment telah menghantar 204 anggota dan jentera bagi membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir di 35 buah lokasi yang terlibat dalam bencana banjir. 

“Kerja-kerja pembersihan turut dibantu sembilan buah jentera air bertekanan tinggi dan dua buah jentera Ultra Whack Vacuum Cleaner (jentera pembersihan longkang) bagi mencuci bangunan rumah mangsa banjir dan pembersihan longkang yang dipenuhi dengan sisa banjir serta lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya