Wajar tahan gaji, pangkat jika tak vaksin   - Utusan Malaysia

Wajar tahan gaji, pangkat jika tak vaksin  

ABDUL RAHMAN MOHD. NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penahanan gaji dan kenaikan pangkat wajar dikenakan kepada penjawat awam yang enggan lengkap vaksinasi bagi Covid-19 untuk menjaga keselamatan serta keharmonian pekerja.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, tindakan tersebut sangat wajar kerana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan pekeliling berhubung perkara tersebut.

Menurunya, ia melibatkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 Dasar Pelaksanaan Imunisasi COVID-19 Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam  bahawa pegawai yang gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

 “Tindakan yang boleh diambil terhadap penjawat awam yang enggan mengambil vaksin adalah tidak boleh menghadiri atau bertugas di pejabat, selain jika sudah cukup dua dos vaksin.

 “Cuma tinggal peratus kecil, sebanyak 16,000 penjawat awam yang mbelum melengkapkan vaksin yang dimaklumkan kepada saya.

 “Bagi mengatasi isu ini, penjawat awam yang gagal melengkapkan vaksin akan ditahan gaji dan kenaikan pangkat serta tidak boleh bertugas di pejabat.

 “Ini menjamin keselamatan dan keharmonian pekerja dan pejabat akan dijaga,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

 Terdahulu, akhbar melaporkan, seramai 28,000 kakitangan awam yang enggan divaksin Covid-19 sudah menerima amaran dan surat tunjuk sebab daripada kerajaan.

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, tindakan memberi amaran dan menahan gaji serta menahan pangkat bagi kakitangan awam yang enggan vaksin.

Tindakan tatatertib yang dilaporkan juga termasuk hilang kelayakan untuk dipertimbang kenaikan pangkat bagi tempoh tertentu mengikut jenis hukuman, seperti amaran (12 bulan), denda (18 bulan), lucut hak emolumen (24 bulan), tangguh pergerakan gaji (30 bulan), turun gaji (36 bulan) dan turun pangkat (48 bulan).

 Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, CUEPACS mencadangkan penjawat awam yang masih gagal menerima vaksin dipanggil dan dinasihati supaya menyedari kepentingan vaksin Covid-19.

Beliau berharap kakitangan awam bukan sajadiberikan nasihat, malahan juga sesi kaunseling dari pakar kesihatan mengenai vaksin Covid-19 agar mereka boleh menerima suntikan  vaksin yang disarankan, terutamanya penjawat awam adalah golongan yang mewakili  kerajaan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya