Undi18: Kerajaan Selangor akan pinda Undang-Undang Tubuh Selangor  - Utusan Malaysia

Undi18: Kerajaan Selangor akan pinda Undang-Undang Tubuh Selangor 

MOHD. KHAIRUDDIN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selangor menunjukkan komitmen untuk melaksanakan dasar pengundi 18 tahun (Undi18) apabila maklum akan meneruskan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan belia di negeri ini mengundi dan bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan negeri, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pindaan berkenaan akan dibuat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula pada hujung bulan ini.

“Pindaan Undang-Undang Tubuh ini adalah tanda Kerajaan Negeri Selangor menyokong penuh aspirasi dan pembangunan belia di negeri ini.

“Sehubungan itu hari ini adalah program libat urus kita dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan, belia-belia untuk kita mendengar pandangan daripada mereka berkaitan undi 18 tahun dan belia menjadi calon di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi Townhall Undi18 di Bangunan SUK hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin memberitahu, pihaknya juga akan turun ke setiap daerah sebagaimana cadangan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertemu dengan belia dan menanam minat mereka dalam politik.

“Ini disebabkan tahap minat dan kesedaran berpolitik belia di negeri ini masih rendah sebenarnya.

“Melainkan pihak kerajaan negeri mengadakan sesi-sesi libat urus dengan golongan tersebut. Insya-Allah dalam tahun depan kita turun padang dan melaksanakan program sedemikian dengan mereka,” jelasnya.

Mengulas mengenai pemilihan calon berusia 18 tahun untuk pilihan raya akan datang dalam kalangan parti (PKR) di Selangor, beliau memaklumkan perkara itu adalah urusan parti untuk membuat pilihan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN