Tindakan segera insiden banjir di Selangor - Utusan Malaysia

Tindakan segera insiden banjir di Selangor

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan mengambil tindakan segera berhubung laporan banjir di sekitar Ampang, Hulu Langat dan Gombak yang dilaporkan berlaku malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan memberitahu, kejadian banjir yang mula melanda beberapa kawasan di negeri ini adalah disebabkan hujan turun ketika peralihan Monsun Timur Laut.

Katanya, bagaimanapun agensi terlibat dalam pengurusan banjir turut dikerah untuk bersama-sama memberi bantuan kecemasan dan pemindahan mangsa banjir.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) KDEB Waste Management (KDEBWM), Ahli Majlis, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan penyelaras giat hulur bantuan kecemasan dan bantu pemindahan,” katanya.

Beliau menambah selain itu sukarelawan Team Selangor dan Program Sukarelawan Selangor (SERVE) turut membantu bagi kerja-kerja pembersihan.

“Kerajaan Negeri akan terus memantau keadaan semasa terutama ketika musim monsun dan hujan lebat kini seperti yang diramalkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Tindakan segera akan diambil bagi membantu mangsa di kawasan yang terjejas, “jelasnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan kawasan berisiko kesemua sembilan daerah di Selangor dikenal pasti susulan daripada taburan hujan yang dijangka meningkat pada bulan ini berikutan peralihan Monsun Timur Laut.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN