Tidak salah Malaysia meneruskan rayuan isu Pulau Batu Puteh - Najib - Utusan Malaysia

Tidak salah Malaysia meneruskan rayuan isu Pulau Batu Puteh – Najib

PULAU Batu Puteh yang Malaysia terlepas kedaulatannya kepada Singapura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang tidak meneruskan semakan kehakiman tuntutan Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi penghakiman yang memberi kedaulatan Pedra Branca kepada Singapura pada 2008 mengejutkan Singapura.

Datuk Seri Najib Razak berkata, ini kerana tidak menjadi kesalahan jika Malaysia meneruskan rayuan berhubung Pulau Batu Puteh di ICJ dan boleh jadi negara menang dalam tuntutan tersebut.

“Ya kita sudah kalah tapi apa salahnya kita teruskan rayuan, boleh jadi kita menang siapa tahu kalau menang kedaulatan negara kita terbela, dalam isu kedaulatan ini tak ada kompromi, sebab itu kita mesti soal siasat kenapa, mengapa rayuan kita ditarik balik pada saat akhir.

“Singapura pun terkejut kita buat keputusan tersebut, kita pun tak faham dan harapnya kita mesti siasat dan nak tahu jawapan ( ia ditarik),” katanya ketika membahaskan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib dalam masa yang sama turut berkata yang beliau terkilan apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Dr. Mahathir menarik rayuan tersebut terdapat fakta baharu bagi mencabar keputusan yang memihak kepada Singapura.

“Saya amat terkilan mengapa Perdana Menteri ketujuh membatalkan rayuan kita ke ICJ kononnya kita kena terima keputusan secara muktamad, tapi ada kluasa dalam ICJ di mana kalau ada fakta baharu kita boleh buat rayuan dan kita ada fakta baharu kurang-kurang tiga fakta baharu yang menyebabkan Kabinet yang saya pengerusikan ketika itu,” katanya.

Pada 9 Mei 2003, Malaysia dan Singapura bersetuju merujuk pertikaian berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh dan dua maritim berdekatan, Batuan Tengah dan Tubir Selatan kepada ICJ.

Malaysia dan Singapura terlibat dalam pertikaian undang-undang sejak 1979 ketika Malaysia mengeluarkan peta yang menunjukkan Pulau Batu Puteh berada di perairan wilayah Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN