Tiada peningkatan ketara Covid-19 selepas PRN Melaka - Utusan Malaysia

Tiada peningkatan ketara Covid-19 selepas PRN Melaka

DR. RUSDI ABD. RAHMAN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Masih terlalu awal menentukan sama ada berlaku penularan Covid-19 selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka meskipun terdapat sedikit peningkatan kes berbanding data sebelumnya.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Rusdi Abd. Rahman berkata, buat masa ini tiada trend peningkatan ketara dan jangkitan harian dilaporkan masih berada pada tahap 150 hingga 200 kes sehari.

Jelas beliau, kesan PRN terhadap penularan wabak maut itu hanya boleh diketahui dalam tempoh 14 hari.

“Sebenarnya masih awal untuk katakan berlakunya penularan Covid-19 kerana ia memerlukan tempoh 14 hari selepas PRN Melaka tamat. Sekarang baru minggu pertama dan kena tunggu seminggu lagi.

“Namun terdapat sedikit peningkatan angka positif berbanding yang lepas dan kita masih berjaga-jaga,” katanya selepas merasmikan Karnival Pembedahan Otorinolaringologi (ORL) di Hospital Alor Gajah di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.