Tiada barong panas, semua patuh SOP - PDRM - Utusan Malaysia

Tiada barong panas, semua patuh SOP – PDRM

ABDUL MAJID Mohd. Ali ketika ditemui pemberita di SMK Telok Mas, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perjalanan proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di 217 pusat mengundi sejak pukul 8 pagi tadi berjalan lancar tanpa sebarang provokasi atau kemunculan barong panas.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, sehingga pukul 11.30 pagi tadi, hasil pemantauan pasukannya mendapati semua pihak termasuk calon, jentera parti politik dan pengundi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya, proses pengundian di kesemua pusat mengundi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini atau provokasi berunsurkan politik.

“Apa yang paling baik sekali proses PRN Melaka ini, langsung tiada barong-barong panas berhampiran pusat mengundi dibuka yang boleh mencetuskan provokasi.

“Ini menunjukkan pengundi dan parti-parti politik kini semakin matang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga profesional dan tahniah kepada orang Melaka kerana kematangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas di sini, hari ini.

Seramai 476,037 orang pengundi bakal mengundi di PRN Melaka Ke-15.

Sebanyak 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan melibatkan 112 calon mengambil bahagian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya