Tayangan perdana Harry Potter Hogwarts Tournament of Houses di HBO GO - Utusan Malaysia

Tayangan perdana Harry Potter Hogwarts Tournament of Houses di HBO GO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Aktres, Helen Mirren, disahkan akan menggalas tanggungjawab sebagai hos tayangan perdana, Harry Potter: Hogwarts Tournament of Houses di saluran HBO Go pada tanggal 29 November ini.

Tayangan itu adalah sebahagian daripada sambutan penuh magis untuk meraikan ulang tahun ke-20 filem Harry Potter and The Sorcerer’s Stone.

Peminat filem itu di Malaysia boleh menonton filem tersebut di saluran Cartoon Network (Astro Ch 615) setiap sabtu pada jam 8 malam atau melakjukan penstriman di HBO Go.

Menerusi tayangan perdana tersebut, barisan pelakon Harry Potter seperti Tom Felton, Simon Fisher-Becker, Shirley Henderson, Luke Youngblood dan ramai lagi akan membuat penampilan istimewa bersama selebriti Pete Davidson, dan Jay Leno dalam acara yang berlangsung pada empat segmen ini.

Menariknya, menerusi tayangan ini, HBO turut mewujudkan segmen permainan yang akan menampilkan peminat mewakili rumah Hogwarts dalam tiga pasukan bagi bersaing dalam empat permainan epik.

Peserta akan menjawab ratusan soalan trivia Wizarding World dengan bantuan daripada penonton secara langsung.

Saksikan di HBO GO pasukan mana yang paling berpengetahuan tentang latar belakang Harry Potter dan akan membawa pulang trofi kejuaraan Hogwarts Tournament of Houses.

Berikut ialah senarai pertembungan antara pasukan mengikut empat segmen dan taruikh berbeza iaitu Gryffindor vs. Hufflepuff, (29 November), Ravenclaw vs. Slytherin, (6 Disember)
The Wildcard Round (13 Disember) dan The Grand Finale (20 Disember).

Selain itu, peminat juga boleh melawati laman web, HarryPotterMovie20.com dan dapatkan kandungan eksklusif dari momen-momen ikonik filem tersebut selain merebut koleksi Wizarding World eksklusif Spin Master dan permainan papan edisi khas Mattel – Harry Potter Scrabble dan Harry Potter Pictionary Air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN