Taklimat khas mengenai MA63 berjalan lancar - Utusan Malaysia

Taklimat khas mengenai MA63 berjalan lancar

MAXIMUS Ongkili (dua kanan) semasa mempengerusikan sesi taklimat khas mengenai MA63 di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sesi taklimat khas kepada Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berjalan lancar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili menyifatkan sesi perbincangan tersebut sebagai rancak dan membuahkan hasil.

“Taklimat ini diadakan bagi membolehkan ahli Parlimen daripada blok kerajaan lebih memahami misi dan visi Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHSS).

“Saya menyifatkan sesi perbincangan selama dua jam itu sebagai perbincangan yang rancak dan membuahkan hasil.

“Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak sangat interaktif dan turut membangkitkan isu dan persoalan yang bukan sahaja berkaitan pembangunan, hal keselamatan, tetapi juga menyentuh kesejahteraan rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya selepas mempengerusikan sesi taklimat khas mengenai MA63.

Ahli Parlimen Kota Marudu itu berkata, usaha tersebut jelas menunjukkan komitmen penggubal undang-undang di negara ini untuk memastikan hak Sabah dan Sarawak serta kepentingan rakyatnya diberi dilaksanakan seperti yang termaktub di bawah MA63.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Maximus berkata, sesi taklimat yang sama akan diadakan di Sabah bersama pemimpin blok kerajaan dan ia dijadualkan semasa persidangan Bajet 2022 negeri pada bulan depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN