“Tak boleh abaikan rezeki, saya masih kekal berusaha sehabis baik…” -Fazley Yaakob - Utusan Malaysia

“Tak boleh abaikan rezeki, saya masih kekal berusaha sehabis baik…” -Fazley Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan, Datuk Fazley Yaakob enggan menolak rezeki yang sudah tertulis sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8), walaupun beraksi dengan penyanyi-penyanyi hebat yang lain.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu Asmara Ini memuat naik satu video dirinya sedang membuat persembahan malam semalam menerusi siaran ulangan di kaca televisyen, disertakan dengan satu coretan panjang.

“Ini bukan permohonan maaf, tetapi ucapan terima kasih buat semua! Jujur saya nyatakan, saya rasa terlalu kerdil berhadapan dengan semua penyanyi yang sememangnya pemenang pelbagai anugerah nyanyian!

“Semuanya vokalis hebat! Saya? Sekadar tukang masak yang pernah menjadi penyanyi rakaman. Kemudian memenangi pertandingan memasak, bukan nyanyian. Namun, hati saya tekad, menyertai GV8 adalah satu rezeki besar dari Allah.

“Siapalah kita untuk menidakkan aturan Allah? Apabila kita merancang, Allah merancang lebih baik untuk kita. saya tetap tidak akan sia-siakan peluang yang diberi. Saya masih kekal berusaha untuk buat sehabis baik selagi masih berada dalam gelanggang GV8,” coretnya panjang.

Mengulas lanjut, Fazley juga tetap semangat dan tidak mempersia peluang yang diperoleh untuk berusaha lagi di konsert seterusnya.

Tambah usahawan itu, dia tidak mengambil hati jika ada segelintir pihak tidak setuju dengan coretannya ini selain menzahirkan ucapan terima kasih buat mereka yang terhibur dengan persembahannya.

“Buat mereka yang acap kali menyatakan ‘lebih baik masak di dapur sahaja’, memang setiap hari memasak di restoran-restoran saya.

“Namun, saya tidak boleh mengabaikan rezeki yang sedang diletakkan di depan untuk meneruskan perjalanan di atas pentas megah ini. Selagi diberi peluang, saya akan kekal berusaha untuk menyahut cabaran minggu ini.

“Andai kata, ramai yang terhibur, saya ucapkan terima kasih. Kalau ada yang terkesan dan tidak setuju, saya tidak ambil hati,” katanya.

Sekadar informasi, konsert kedua GV8 yang berlangsung semalam menyaksikan Fazley berada di kedudukan kedua terbawah dengan markah sebanyak 56 peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya