Sultan Ibrahim kurnia DIMJ kepada Ayob Khan, tiga individu lain - Utusan Malaysia

Sultan Ibrahim kurnia DIMJ kepada Ayob Khan, tiga individu lain

SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar bersama Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan bergambar bersama penerima DMIJ sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada Ketua Polis Negeri, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan tiga individu lain.

Baginda turut mengurniakan DMIJ yang membawa gelaran Dato’ kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Amir Nasruddin dan bekas Duta Besar Malaysia ke Bahrain, Agus Salim Yusof.

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Hazlina Jalil juga dikurniakan DMIJ yang membawa gelaran Datin Paduka. 

Majlis pengurniaan darjah bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, di sini hari ini. 

Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.  

Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada empat individu.

Penerima SIJ ialah Pegawai Daerah Tangkak, Mohammed Shakib Ali; Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, Abu Bakar Abd. Aziz dan Pengarah Perangkaan Johor, Wan Mohd. Shahrulnizam Wan Mohd. Najuri.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Maimunah Othman turut dikurniakan SIJ. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN