Suka bahan nama, tak lawak lah bro! - Utusan Malaysia

Suka bahan nama, tak lawak lah bro!

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Banyak kali sebenarnya Poklip mendengar tentang perangai tak semenggah seorang pengacara ini. Tetapi cakaplah apa pun, dia macam buat bodoh sahaja. Tak ada perubahan sama sekali.

Kali ini ada yang menyampaikan rasa bengangnya terhadap pengacara itu. Dakwanya, pengacara popular itu tak habis-habis menggunakan nama orang sebagai lawak jenaka. Malah kadang-kadang melampau.

Sekali dua tak apa, tetapi setiap kali mengacara dia akan ulang perangai sama. Mula-mula kelakar, tapi lama-lama orang jadi menyampah. Tak ada idea lain kah? Asyik nak ‘membahan’ nama orang!

Kalau nama sendiri itu kita boleh hiraukan sahaja. Tapi kadang-kadang nama bapa orang pun dijadikan bahan jenaka. Tak lawak tau bro. Bukan semua benda boleh dijadikan jenaka. Ada hati perlu dijaga.

Tetapi macam Poklip cakap, sudah banyak kali orang bising. Dia kekal perangai sama. Tak berubah pun! Harapnya ada satu kesedaran sendirilah. Takkan sampai kena gam baru nak sedar kan.

Awak popular dan berbakat besar. Jadi gunakanlah bakat itu dengan sebaiknya tanpa mengaibkan mana-mana pihak. Gitu!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya