Suami isteri maut ditikam rebut tempat letak kereta - Utusan Malaysia

Suami isteri maut ditikam rebut tempat letak kereta

STEPHEN Chapple dan Jenny maut ditikam di luar rumah mereka di Norton Fitzwarren, Somerset. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Akibat perebutan tempat letak kereta, sepasang suami isteri ditemukan maut ditikam di luar rumah mereka selepas bertengkar dengan jirannya.

Memetik laporan Daily Mail, guru teknologi maklumat Stephen Chapple, 36 dan isterinya Jenny 33, ditikam ketika anak pasangan sedang nyenyak tidur.

“Susulan kejadian tersebut, polis menahan dan menyoal siasat seorang bekas tentera berusia 34 tahun selepas disyaki terlibat dalam pembunuhan itu.

“Kedua-dua pasangan ini ditemui mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius.

“Berdasarkan laporan bedah siasat terhadap Jenny, polis menemukan banyak kesan tikaman, manakala mayat suaminya masih belum diketahui,” jelas laporan itu.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan kejiranan di Norton Fitzwarren, Somerset.

Bekas tentera itu masih ditahan kerana disyaki membunuh manakala bapanya yang berusia 67 tahun telah dibebaskan selepas disoal siasat.

Sementara itu, pihak polis yang mengesahkan kejadian itu berkata, kedua-dua anak Chapple yang berusia lima dan enam tahun masih terkejut dan tertekan ekoran kejadian tersebut dan kini berada di bawah jagaan kakak Jenny di kawasan berhampiran.

Dalam perkembangan lain, seorang jiran berkata, pasangan itu terlibat dalam beberapa pertengkaran sebelum ini dengan bekas tentera berkenaan sehingga menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan kereta di luar kawasan serta disekat masuk ke kawasan tempat letak kereta.

“Ketegangan antara mereka memuncak tiga bulan lalu selepas Jenny merempuh kenderaan milik jirannya itu ketika dia pulang ke rumah.

“Perkara menjadi lebih buruk antara mereka selepas itu. Kedua-dua belah pihak bertelagah dan saling menyalahkan berhubung pertikaian itu,” ujarnya.

Penduduk di kawasan tersebut menyifatkan perebutan tempat letak kereta merupakan perkara biasa ekoran jalan yang sempit dan kekurangan ruang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya