Singapura, Malaysia buka laluan khas di Changi, KLIA untuk pengembara sudah divaksin - Utusan Malaysia

Singapura, Malaysia buka laluan khas di Changi, KLIA untuk pengembara sudah divaksin

LEE HSIEN LOONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong memaklumkan, Malaysia dan Singapura akhirnya dapat memulakan kembali perjalanan rentas sempadan melalui udara menggunakan Lorong Perjalanan Vaksinasi (VTL), mulai 29 November ini. 

Beliau yang menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan, perkara itu berikutan kedua-dua negara ini telah mencapai kemajuan yang baik dalam pemberian vaksin dan menguruskan wabak Covid-19. 

“Bercakap kepada Ismail Sabri melalui panggilan telefon hari ini mengenai pelancaran VTL antara Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 29 November. 

“Singapura dan Malaysia telah mencapai kemajuan yang baik dalam memberi vaksin kepada populasi kita dan menguruskan wabak, jadi kami bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk menyambung semula perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara secara progresif. 

“Ini akan membantu memulihkan ekonomi kita, memulihkan hubungan antara rakyat (kedua-dua negara) dan mengukuhkan perkongsian dua hala,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini. 

Setakat ini, sempadan Malaysia-Singapura yang merupakan laluan darat paling sibuk di dunia telah ditutup sejak negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac tahun lalu ekoran Covid-19.

Menurut Hsien Loong, panggilan telefon kedua-dua pemimpin tertinggi itu juga membincangkan mengenai pembukaan semula laluan darat yang melibatkan Tambak Johor dan Link Kedua.

“Kami berharap untuk menggunakan kaedah skim VTL yang sama antara Singapura dan Johor dalam masa terdekat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN