Seorang maut, dua cedera nahas dua buah kenderaan - Utusan Malaysia

Seorang maut, dua cedera nahas dua buah kenderaan

KEADAAN nahas dua buah kenderaan di Kilometer 3, Jalan Sawah Lebar, Kuala Pilah malam tadi. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di Kilometer 3, Jalan Sawah Lebar, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa, Anas Saufi Abdul Rashid, 26, dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah selepas mengalami kecederaan parah, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, nahas membabitkan kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu mangsa dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HRV yang dipandu lelaki warga emas berusia 60 tahun bersama seorang penumpang perempuan berusia 58 tahun.

“Siasatan awal mendapati pemandu kereta Perodua Myvi dalam perjalanan dari arah Kuala Pilah hendak ke arah Kuala Jempol. Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai mangsa telah terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

“SUV yang sedang bergerak terus dari Kuala Jempol menghala ke Kuala Pilah telah terlanggar rusuk tepat sebelah kiri Perodua Myvi tersebut. Akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu Perodua Myvi telah meninggal dunia semasa menerima rawatan di zon merah HTAN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amran berkata, pemandu SUV mengalami luka di tangan kanan dan dahi manakala penumpang SUV pula masih menerima rawatan di Zon Merah HTAN.

Menurutnya, mayat mangsa di hantar ke Forensik HTAN untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya